Kezaliman pas di terengganu
Perbohongan Pas Yang Nyata
1. HR: 20 Dis., 1999 - Pembohongan yang paling besar dan tidak boleh dinafikan buktinya ialah setelah PAS memerintah sendiri, hukum haram dan kafir tidak dipakai lagi. Kini erat kerjasama dengan DAP sehingga YAB. Haji Hadi rela berpelukan mesra dengan Lim Kit Siang di Pejabat MB, Tingkat 16 Wisma Darul Iman Kuala Terengganu. Dahulu (Ogos 1963) PAS hukum KAFIR atau HARAM jikalau orang Islam bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara. Buktinya jelas tertera dalam �Kertas Puteh Kerajaan Malaysia 08 November 1984� mengenai ancaman mempolitikkan agama. Akibat daripada fatwa mengkafirkan itulah umat Islam di Terengganu tidak mahu ikut sembahyang di belakang imam lantikan kerajaan BN.
Dengan itu berlakulah 39 buah kampung sembahyang Jumaat berlawan (Hingga November 1999). Pada sebulan Ramadan Jun-Julai 1982 berlaku peristiwa sembahyang Tarawih 2 imam dan Jumaat bergilir dalam masjid Kg. Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang. Demi politik pilihanraya 1999 PAS rela bekerjasama dengan DAP yang menentang penubuhan negara Islam. Inilah jadinya kalau hukum politik cari makan �Waharamun kalau makan sorang wahalalun kalau bagi......duwa�.
2. WDI: 01 Jun 2000 - Warta Darul Iman keluaran sulong (01 Jun 2000)telah diperalatkan untuk membela AMANAT Haji Abd. Hadi. Lihat lampiran-lampiran berkenaan.
3. UM: 06 Jan., 2000 - 606 Ketua Kampung dipecat dan JKKK diharamkan kerana hanya mahu iktiraf JSR yang PAS lantik. Kini bermaharajalela mengganas, membalas dendam. Pemerintahan PAS berdasarkan puak (Asobiah).
4. BH: 14 Jan., 2000 - DUA orang isteri pemimpin PAS dilantik menjadi ahli lembaga YPKT.
5. Hingga Jan.,2002 - Patong sotong & udang di simpang lampu isyarat bandar Marang tegak berdiri tidak dirobohkan. Apakah kerana ada janggut macam orang kita? Penyu tembaga di Hotel Park Royal terus bergayutan dengan megah.
6. BH: 03 Mac 2000 - Terengganu akan roboh semua patong haiwan. Pembohongannya ialah patong udang & sotong di tepi simpang empat lampu isyarat bandar Marang tidak dirobohkan hingga sekarang.
7. UM: 17 Julai 2000 - PAS juga amal kronisma (KRONI) untuk berbagai jawatan di Terengganu. Dua beradik orang kuatnya dilantik menjadi Pengarah YPKT dan Pengarah Urusetia Penerangan negeri. Dulu kecam kroni orang.
8. UM: 17 Julai 2000 - PAS tentukan orangnya jadi AJK masjid. Seluruh masjid dilanda sengketa akibat JK pentadbiran masjid dikongkong untuk dipergunakan sewenang-wenangnya bagi kepentingan parti PAS. Sekarang membar khutbah juga sudah menjadi pentas parti buat memaki kerajaan BN.
9. WDI: 08 Nov. 2000 - YAB. Haji Abd. Hadi buat pengumuman jumpa telaga minyak �Kita Cari Gali Sendiri Petroleum�. Kenyataan ini menunjukkan bukti kejahilan kerana jelas bercanggah dengan perjanjian di bawah AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974 antara kerajaan negeri dengan Petronas pada 22 Mac 1975 yang telah menyerahkan segala urusan cari gali kepada Petronas (Ditanda tangani oleh Dato� Haji Wan Mokhtar Ahmad MB Trg. dan Tengku Razaleigh Hamzah Pengerusi Petronas ketika itu).
10. WDI: 22 Dis. 2000 - YAB. Haji Hadi beritahu DUN �Tiada Telaga Minyak Baru Dijumpai�. Maka terjadilah 2X bohong (Dengan rakyat dan dengan undang-undang).
11. HR: 16 Okt., 2000 - Perjanjian Trg. menyerah usaha cari gali petroleum kepada PETRONAS.
12. WDI: 08 Jan.2001 - Haji Haji Harun Taib menjelaskan, pelaksanaan Islam di Terengganu sudah mula berjalan walaupun kerajaan baru belum meminda perlembagaan. Apa jadi dengan Amanat Hadi 07 April 1981 di Banggol Peradong dulu? Beliau menyebut �Kita menentang UMNO / BN kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir , peraturan jahiliah�. Kalau sebenarnya perlembagaan yang ada ini perlembagaan penjajah, peraturan kafir, peraturan jahiliah; takkanlah PAS boleh mengisytiharkan sudah Islamik walaupun belum dipinda lagi. Dengan itu sahlah bahawa PAS berbohong dan selama ini menabur fitnah yang amat besar sehingga sanggup mengambil hak pemerintah mengisytiharkan SYAHID menentangnya.
13. BH: 23 Mac 2001 - Khutbah Jumaat di masjid KUSZA batal dan ahli jamaah solat Zuhur; kerana terlalu ghairah buat menghentam kerajaan BN dalam masa khutbah. YAB. Haji Hadi membelanya konon khutbahnya betul.
14. BH: 02 Ogos 2001 - Haji Hadi beritahu kepada DAP �Tiada apa yang perlu dibimbangi DAP sekiranya PAS mahu mengekalkan dasar penubuhan negara Islam kerana perlembagaan asal akan dikekalkan�. Lain benar bunyinya apabila berhadapan dengan bukan Islam.... Boleh menjadi munafiq ni !!!
15. UM: 04Ogos 2001 - YAB. Datuk Haji Nik Abd. Aziz Nik Mat mengaku perkataan negara Islam tidak ada dalam perlembagaan tubuh PAS. �Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu�
16. BM: 22Ogos 2001 - Hadi dakwa Malaysia bukan negara Islam, selagi hukum Islam sebagaimana dalam al-Quran dan hadis diketepikan. Dua bulan sebelum ini (BH:28.06.2001) Hadi kata �erlukan Masa Yang Lama�. Namun begitu ketika pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan Perlis 19 Januari 2002 PAS membuat kempen yang berbeza. Di hadapan orang Islam PAS mendakwa akan terus menubuhkan negara Islam; tetapi sebaliknya di hadapan orang bukan Islam berjanji tidak akan meneruskan usaha menubuhbkan negara Islam. PAS terpaksa pakai dua cabang lidah yang berbeza untuk berbohong di dalam keadaan dan orang yang berbeza.
17. WDI:22Ogos 2001 - Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada 26-28 Ogos 2001 ini dijangka akan meluluskan 6 enakmen baru bagi memastikan Terengganu negeri pertama mengorak langkah ke arah pelaksanaan syariat Islam sepenuhnya. Sila lihat lampiran-lampiran yang berkenaan.
18. UM: 07 Mac 2000 - YAB. Haji Abdul Hadi Awang berbohong ketika menjawab soalan HUDUD dalam dialog dengan kakitangan kerajaan negeri Terengganu di daerah-daerah dalam tahun 2000; ternyata jawapan politik untuk melepaskan diri:
i - Kata Hj. Hadi, �elaksanaan hudud lalui proses panjang�. Sebenarnya masa tidak jadi panjang kalau Haji Hadi sedia mengambil Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hudud PAS Kelantan) dibawa terus ke DUN Terengganu. Mengapakah Haji Hadi yang menjadi pengerusi JK penggubal EKJS(II) 1993 itu, beliau sendiri tidak sudi memakai baju yang dipotongnya? Sudah tentulah baju itu ada cacat celanya. Maka jelaslah tuduhan ke atas PM, UMNO dan kerajaan BN yang menolaknya adalah fitnah; sedang realitinya Haji Abd. Hadi sendiri yang tidak mahu hudud PAS Kelantan itu dipakai di Terengganu.
ii - Jatanya lagi, �Hukum hudud adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam - Hadi. Mengapakah selama ini memfitnah UMNO yang belum melaksanakan hudud tidak Islamik; tetapi setelah Haji Abd. Hadi sendiri yang memerintah maka hudud menjadi begitu kecil sekali iaitu satu daripada 10 ribu hukum Allah? Nampaknya ternyatalah PAS sengaja mempermainkan hudud dan hukum Allah untuk menghukum orang lain semata-mata. Giliran PAS sendiri harus belaka.
iii - Manakah dia janji dalam Harakah 28 Februari 1997 yang mendakwa akan bawa ke parlimen? Sebenarnya PAS tak akan bawa ke parlimen; kerana banyak fasal yang tercatit dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hudud PAS Kelantan) itu tidak menepati hudud Allah yang sebenar. Sebab itulah sudah hampir dua tahun terus bohong tinggal janji dan tidak pernah bawa lagi ke parlimen.
iv - HUDUD ALLAH hanya satu sahaja, tetapi hudud ciptaan PAS lain pula; berbeza antara Kelantan dengan Terengganu. Jikalau benarlah HUDUD Kelantan itu hudud Allah, mengapakah Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan yang didakwa sebagai HUDUD itu tidak diambil sahaja untuk Terengganu dan kini terpaksa membuat draf baru Terengganu sendiri? Yang Terengganu ini hudud mana pula? Sebaliknya LIMA enakmen Islam yang dibawa ke DUN 26-28 Ogos 2000 yang lalu pakai cedok terus Akta Parlimen 1993, 1995, 1957 dan 1998 oleh UMNO / BN dan tidak pula dibuat sendiri? Pelik juga enakmen hudud lain caranya.
19. PAS berbohong dengan membuat fitnah kepada UMNO kononnya �erjuangan Kebangsaan Melayu (Nasionalisma Melayu) adalah asobiah. Fitnah ini dilabelkan kepada UMNO demi untuk mmenutup asobiah yang sebenarnya dalam PAS. Haji Abd. Hadi Awang pernah menyalahtafsirkan hadis ASOBIAH di Hulu Terengganu pada bulan Oktober 1983 (Lihat lampiran ucapannya). Sekarang apabila PAS memerintah negeri makin jelaslah budaya asobiah itu diamalkan dengan menekan golongan puak orang lain dalam berbagai cara.
20. PAS berbohong dengan membuat fitnah kerajaan Malaysia di bawah pimpinan UMNO dan BN adalah sekular iaitu memisahkan agama dengan politik; sedangkan konsep �Memisahkan agama dengan politik� sebenarnya diputarbelitkan. Buku �Islam & Politik� cetakan September 1980 hasil kajian ilmiah Dewan Ulamak PAS Pusat ada mencatatkan penjelasan konsep memisahkan agama dengan politik yang menjadi amalan orang Kristian zaman dahulu. Muka surat 19 & 23 jelas merujuk kepada rangkaikata dalam Injil Matta 21/22 yang membawa maksud memisahkan agama dengan politik ialah ketuanya berlainan orang. Berdasarkan penjelasan itu Malaysia tidak terlibat kerana ketua agama dan politik di Malaysia adalah raja yang sama pada setiap negeri dan kerajaan sendiri yang mengendalikan segala urusan agama dengan arahan yang jelas tercatat dalam perlembagaan negara.
21. Yang terbaru Arwah Datuk Haji Fadzil Noor berbohong membuat fitnah berat kepada kerajaan BN; kononnya �Malaysia memang menuju sistem komunis�. Alasannya ialah kerana kerajaan BN pimpinan Dr. Mahathir Mohamad menyekat kebebasan bersuara (Harakah Bil 1208, 1-15 Februari 2002 muka 32 - dibelakang sekali). Apa yang jelas ialah bohong dan fitnah kerana kenyataan yang dipaparkan dalam Harakah yang sama ini juga menjadi bukti bahawa ceramah PAS di Indera Kayangan bebas dan bermaharalela sekali; sehingga mengganggu dan menyekat terus laluan umum di Pengkalan Asam. Saya sendiri terkandas di jalan raya berkenaan ketika melalui jalan Pengkalan Asam itu. Muka surat 3 Harakah 1-15 Feb., 2002 ini menyiarkan tajuk �Suara pembangkang masih mantap� dengan gambar Datuk Haji Nik Abd. Aziz Nik Mat sedang berceramah dan dituliskan dibawah gambar itu �Sambutan besar kepada ceramah Tuan Guru Datuk Haji Nik Abd. Aziz Nik Mat ketika berkempen di Indera Kayangan, Perlis�. Kalau benar kebebasan bersuara disekat oleh kerajaan BN; mana boleh PAS dapat berceramah secara terbuka begitu hebat sekali sehingga boleh mengancam keselamatan dalam negeri?. Semua orang jadi saksi.
22. Apakah ertinya segala kecaman dan tuduhan PAS terhadap kerajaan BN dan UMNO selama ini seperti mengenepikan al-Quran, menolak hudud dan menggunakan peraturan kafir / peraturan jahiliah; sedangkan PAS sendiri juga apabila memerintah menggunakan segala peraturan dan pembangunan yang ditinggalkan oleh UMNO? PAS turut mengekalkan perlembagaan yang dulu dan tidak juga melaksanakan hudud. Pada 26-28 Ogos 2000 DUN telah mencedok akta parlimen (1993, 1995, 1997 dan 1998) untuk kegunaan kerajaan PAS Terengganu. Inilah ertinya cakap tak serupa tulis tak serupa bikin. Natijahnya PAS khayal dalam mimpi yang dibalut oleh selimut pembohongan dan fitnah yang tebal sepanjang hayat. Cakap terasa macam terbang di angksa; tetapi sebenarnya sedang meluncur dengan PROTON SAGA yang PAS cerca.
23. Sesungguhnya usaha memperbetulkan segala penyelewengan, pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh PAS selama ini adalah suatu JIHAD dan ianya bertepatan dengan amaran Allah s.w.t dalam ayat 193 surah al-Baqarah yang bermaksud:
�Dan perangilah mereka shingga tiada lagi fitnah dan (Sehingga) jadilah agama itu (Hanya) untuk Allah (Bukan untuk kepentingan sesiapa di dunia). Jikalau mereka berhenti maka tiadalah lagi permusuhan kecuali ke atas orang yang zalim�
24. Selain daripada memberi penerangan seluas-luas dan sejelas-jelasnya kepada semua orang maka doa jua yang perlu kita akhiri setiap usaha suci ini. Semoga Allah s.w.t. MEMBERIKAN PERTUNJUK DAN HIDAYAH kepada kita agar mampu membuktikan kebenaran dan kepada mereka pula agar terkejut sedar dari lamunan mimpi mungkar dengan perjuangan yang pura-pura dan kembali berpijak ke alam nyata menerima realiti yang ada. Moga-moga umat Islam Malaysia tidak akan terus dibelenggu dengan sifat fanatik asobiah yang dikutuk oleh Nabi s.a.w, insya Allah. Wallahu-aklam.
Dato� Safei Daud, 09 Februari 2002.
Penilaian Prestasi Dua Tahun PAS Memerintah Terengganu
ALHAMDULILLAH mujurlah UMNO dan BN Terengganu kalah. Dengan itu barulah tahu keupayaan PAS memerintah. Seperti yang telah diperkatakan oleh pimpinan UMNO bahawa PAS adalah parti tukang cacat dan bukannya parti pembela umat. Namun jikalau tidak melalui ujian memerintah, andaian ini dikatakan fitnah. Sekarang segalanya terbuktilah sudah. Sindiran �Cakap tak serupa bikin� sangat tepat untuk dibanding. Manifestasi pemerintahan PAS Terengganu bohong dan zalim. Janji Islam yang PAS bawa adalah Islam yang seleweng.




